Kadang2 dia hantar la reminder "anda menerima info waktu solat dan tazkirah secara free yada yada....untuk batal tekan wuteva...untuk langgan semula kena charge kot" something like that...of cos ai tak nak batal...percuma mah....dizaman semua barang mahal n takder barang free mesti aku mau...hahaha...gelak haloba....
So disini, aku ingat aku akan share tazkirah yang dihantar dari masa ke semasa untuk tatapan frens semua...
Pada aku benda ni bagus...satu reminder semasa aku tgh down...so that aku akan ingat semua yang datang tu ialah ujian and aku kena bersyukur coz yang sebenarnya Allah SWT sayang kat aku...sebab tu aku diuji dan diremindkan selalu....boleh macam tu?
Okeh, adik-adik...untuk permulaan meh kita tengok apa yang ada dlm inbox sms ai sebelum ai delete..."perkara yang baik, harus dishare dan disebarkan untuk manfaat kita bersama"...credit to celcom for a very good and meaningful service, sometimes...
hehehe....
- Rezeki yang halal itu datangnya dari sumber yang halal dan hati yang tidak meraguinya. Hindarkan dari rezeki yang meragukan...
- Ilmu keINSANan itu diperolehi apabila segala ujian, gangguan, godaan dan tentangan hidup itu dilalui dengan penuh ketaqwaan dan keredhaan...
- Jangan berdukacita dengan apa yang tidak diperolehi tetapi teruskan bersyukur dengan apa yang telah dianugerah dan diberikan (Nikmat)...
- harta yang paling untung SABAR, teman yang paling akrab AMAL, pengawal yang paling waspada DIAM, bahasa yang paling indah SENYUM...
Okeh...cukup la dulu untuk hari ni ye anak2...next time ai tulih lagi nooo....tatatititutu....
No comments:
Post a Comment