(FYI, about 80% of this ranting was done on the phone!….it
is that serious!….shows how this particular experience haunts me…and it will
continue to bother me the next time I step into an airport)
Salam uols
Saja buat post ni
Lebih kepada peringatan untuk diri sendiri
Dulu masa trip to Langkawi terbang jugak, tapi feeling dia berbeza tak tau kenapa
Masa tu anak baru sorang and ibu bawak adik dalam perut je
Kali ni bawak 2 budak so my tension level was undeniably high
Mood memang off even sejak mula booking flight, hotel for the trip pun tapi kami went ahead sebab:
1) ayah tu asek sebut je pasal kundasang best gitu gini...ada ladang lembu macam new zealand, kalau pergi leh duduk tm resort bayar murah coz dia staf dan macam2 lg pujian melambung pasal kundasang hasil dengar cerita kawan2 dia....ok...foiiinnneee
2) Ibu dah laaaammmmaaaa berangan nak bawak anak2 ke sabah...asalnya plan dalam hati ibu nk bawak masa anniversary 10thn kawen tapi ibu segan nk mintak dgn ayah sbb faham ayah tgh simpan duit utk 'projek mega' kami so ni bila ada duit ayah kata bole ajak naik katebang so ibu pikir sabah la... budak2 xpenah sampai lagi
3) Budak2 dihasut oleh ibu budak yang kat sabah ada banyak tempat best, berbanding cadangan asal ayah yang tak habis2 nak g Terengganu, dan cadangan ibu yg berahi sangat dengan langkawi. So dah hasut takkan tetiba tak nak bawak kan? Kesian lak. Mumin la eksaited rumah terbalik tu.
Takpe…next mission ialah gi semua rumah terbalik yang ada dalam Malaysia
ni huhuhu
Tapi tak tau apa sebab, mood cuti2 makin lama makin
menurun...benda ni antara yang contribute kepada menyampah dah nak fly kalau
nak cuti2
Ok ni sebagai satu bentuk pemerhatian dan jugak peringatan untuk
ibu...I am not a frequent flyer, maknanya bukan la jakun sangat tapi sebab
jarang fly kan..epot lain2, cara dia lain2 kan... so kalau tepaksa fly lagi next time, I must remember this
event...ingat ketat2 sampai kiamat....
- Baca Baca Baca
Walaupun ibu banyak baca blog pasal tempat2 menarik untuk
dilawat dan pengalaman orang lain...ini sama penting dengan research pasal nak
fly dengan budak2...budak2 ni quite ok dalam flite cuma ibu rasa len kali ibu
patut beli in flite meal utk budak2 la....kesian kat diorg bila cium2 bau
makanan org lain...kita org tua kata ala flite kejap je tp budak2 apa la dia
faham...kesian pulak terliur bau makanan org lain padahal dah bagi makan sebelum
flite (bagi makan sebelum flite ni pun satu peperangan yang besar T__T)
à lesson learned – baca banyak2 blog and pengalaman orang walaupun ko takde masa… jangan asek nak main fb main ig je kat hp tu
- Baca lagi!
Kalau boleh find out pasal sistem @ procedure airport2 yang kita
akan masuk...contoh mcm kat KLIA2, flite domestik tak payah scan bag sebelum
baggage drop tapi ada airport lain mcm epot Langkawi kena scan bag sebelum drop
bag di counter....ini pun bole makan masa kau 10-15 min dok terkulat2 tak tau
nak buat apa....
à lesson
learned – baca banyak2 blog and pengalaman orang walaupun ko takde masa… jangan
asek nak main fb main ig je kat hp tu
- Reading can never be enough
Belum kira ada airline tambang murah sekarang ni cuba buat self
check in untuk luggage tapi menghampakan...maaf cakap sebab dah jadi kat ai kan
so I feel the need to remind other people about this....benda ni hanya akan
jadi menyenangkan dengan proper instruction dan full info....ibu ada dapat
email from the airline promoting this tapi deme tak cakap pun benda tu 'wajib'
buat sendiri....jadi lepas scan tu tengok dulu dalam kaunter tu ada manusia
duduk tak....kalau takde manusia duduk dalam tu tapi orang tetap beratur
pepanjang maknanya kaunter tu untuk self check in bag....baik la pi cari mesin
self check in tu walaupun korang dah print out boarding pass...rerupanya kat
situ juga adalah tempat untuk kita print luggage tag….paling win mesin tu ada 2
je kat situ....ohoho...this was the start of my mood lari klah kah kah
à lesson
learnt – dalam keadaan orang lain pun mengharapkan yang engkau tau… ataupun tak
sekali pun, kau baca jer la untuk diri kau sendiri… benda ni boleh gugel ok…melambak…cuma
nak ke tak, tu je….
- Makan makan makan
Kalau tak buang masa kat tempat check in dan drop bag mungkin
kau ada sikit masa untuk makan, tambah lagi sebab takde amik meal dalam flight….cuba
find out jugak lepas security check untuk masuk boarding gate, ada tempat makan
tak dalam tu...sebab ibu dengar ada epot tak ada sedia tempat makan di
gate...bukan apa...sebab bawa budak2...benda nak melegakan budak2 ni antaranya
makanan kan? Bole beli dari luar bawak masuk dalam...tapi jugak ibu dengar2
masa pemeriksaan keselamatan, di sesetengah tempat la, ada yang tak bagi bawa
masuk makanan luar ke gate, wallahualam....sebab ibu ada baca orang pesan bawak
flask kosong masa lalu kat pemeriksaan nanti kat kedai makan dalam gate bole
isi air panas, takut isi air awal2 tak pasala kena buang....well rasanya ini
kes epot luar negara ni sebab epot2 malaysia kuat menjual barang kat
orang...sampai dalam kapal terbang dok menjual makanan la merchandise la....in
my case mujur anak semua dah xpayah minum susu tapi jenis perut lapar sedia….
kesian lak nk tunggu selepas flite baru makan...kalau la ibu plan lebih elok
lagi.... :'(
à lesson
learned – ibu patut ambil inflight meal at least untuk 2 budak kecik tu…kalu
tak habis kami yang tua2 ni bole habiskan hehehe…kita tak tau apa nak jadi
lepas turun dari flite… itu nanti ibu cerita pepanjang dalam post pasal trip ni…
- Kira stock baju dan plan baju nak dipakai
Kalau bercuti lebih dr 3 hari, sebaiknya dobi lah baju hari
1st tu...kita bole pakai balik masa hari last (maknanya bawa stok baju untuk 2
hr saja) kalau xpakai pun atlis beg kita ringan...sebab baju basah dan lembap
contribute to extra weight pada luggage...walaupun sikit kan..
à lesson
learned – sebab ibu dah sub hal2 booking hotel pada ayah, ibu tak amik tau
pasal dobi sampai la dah sampai kat sana baru terfikir…bila bercuti naik kereta
baju kau basah macam mana pun tak pe sebab tak hal nak menimbang berat beg
bagai…kalau dah excess bayar la extra caj yang mahal letop2 tu…
- Beli la travel weight scale tu
Bercakap pasal berat beg...kalau ke tempat yang kita memang
plan nak shopping barang2, please consider untuk bawak extra beg yg kecil,
boleh hand carry kalau berat dah terlebih prepaid luggage weight yang dah
dibayar orrrr just buy extra weight utk trip balik..katakan lah pergi tu berat beg
kita bayar untuk 15 @ 20kg...masa balik amik la 30kg...atau even better beli la
digital travel weighing scale jadi boleh plan nak masuk beg mana dalam kargo
beg mana nak hand carry ( biggest reminder for me...tapi right now i dont care
sebab aku dah give up flying hahahaha)
à lesson
learned – sama yang aku bebel kat atas T__T
- Keep your own things to yourself!
Kalau mood kau dah lari sebab problem kat bag drop/check
in/lambat sampai epot/etc...ko akan senang buat silap...ko duduk depan org pun
nyampah2 tengok muka orang sekali tu pindah randah cari tempat tak mengadap
muka orang atau pindah randah sebab ko lapar nak makan...pindah randah tu
menyebabkan barang kau cicir/jatuh/tertinggal..... :'( :'( :'(
Lepas sedar benda tu salah kau...kau rasa benci dengan diri
sendiri...padahal bukan tanggungjawab kau sorang jaga barang...lagi2 barang orang
lain....
à lesson
learned – ibu takkan lagi pegang barang orang no matter what…barang2 personal,
especially passport ke tolong la pegang sendiri…walau kau nak ke jamban sekali
pun…
- Bahagi tugas seadilnya
Bila travel dengan bebudak boleh jadi orang tua cuma ada 2 =
husband & wife @ ibu & ayah...kena bahagi2 tugas dan sama2 bawak
barang...dan cuba jangan pressure antara satu sama lain kalau dah memang dua2 tak
tau apa2…ini bukan masa nak argue kenapa tak redha, nanti akan dapat pahala buat kerja dengan ikhlas bla bla bla....ini bukan tempatnya nak lecture benda macam tu yer..... lagipun bukan semua tempat ko boleh rasa ikhlas, lagi2 bila dah penat sebab tak tau apa2 T__T
Apa kata bawak mengucap dan istighfar, pergi kat kaunter pertanyaan,
buang rasa malu tu dan tanya…tanya banyak2 pun takpe sebab nama dia kaunter
pertanyaan… percaya lah… kaunter pertanyaan ni jarang sibuk, sebab semua orang
dah tau semua benda, semuanya boleh di gugel dan dibaca di internet, takde sape
nak tanya apa2 dah kecuali la kalau kau jenis malas membaca kahkahkah…..
Selain itu, kalau anak2 dah besar dan xkisah bawak bagpack
sendiri, isikan bagpack budak2 dengan sepersalinan baju dia, baju sejuk, socks
dan selipar, kalau perlu bawa... kalau xringan jangan buat.. kalau budak xsuka
bawa jangan buat.... budak2 xsama dengan parents, dengan adults... ingat tu... jgn
kita end up bawak barang2 dia dua2 belah tangan karang baran je dalam epot tu
à lesson
learned – I will only fly again bila semua orang pandai membaca dan bila budak2
dah besar boleh bawak hand carry sendiri kahkahkah =p
- The purpose of bagpack atau hand carry bags
Pasal pack baju sepersalinan tu...ibu pernah baca tips ni
sebab takut2 jadi kejadian beg @ luggage ko tak ikut dalam flite...benda dah
jadi kat kami tapi mujur beg tu dapat masuk next flite yg arrive sejam lepas
kami sampai...
cer bayangkan kalo esok tu baru beg ko sampai...tak ke naya kena
g beli baju, habis duit at situ…lagi naya kalau beg tak sampai terus T__T ...so..baju
untuk semua org sepersalinan lengkap luar dalam masuk dalam begpack atau beg
hand carry yg beroda senang leh tolak je tapi still muat dalam luggage
compartment tu
à lesson
learned – I have definitely learned this somewhere pasal tu gila bersedia
dengan benda ni… ni je la satu2nya benda betul yang aku buat T__T
- Sedia Sedia Sedia
Be prepared...like really, really prepared...kalau nak anak2
pakai kasut, make sure kasut elok and muat lagi. Jangan esok nak fly, malam ni
tengok kasut anak kau tak muat, kaki tetiba membesar -__-“
Bole je pakai selipar jamban atau sedap sikit dengar beach sandals sebab kasut ada yang ada
metal, payah la pulak kat security scan nanti....
Kalau rasa takut metal detector berbunyi semua org jangan pakai
seluar jeans...semua pakai track bottom je dah....airport fashion my foot! Kalu
nak lagi sempoi pakai je baju tido lalalala.
Make sure beg2 semua sihat2, takde yg tetiba zip nak tercabut la,
roda nak tercabut la, handle dah tercabut la. Time2 tu pulak tu.
Bukan apa aku bebel ni...selain dari ko nak make sure ko sampai on time, jangan la abaikan keselesaan semua...selain tu tiket airplane mahal kan? Let it be worthwhile la betul tak?
à lesson
learned – U guys are going to thank me for this one day. Tried and tested dan ‘tried’
and ‘tested’…ujian dari Allah SWT apa kau nak bising kalau dah jadi?
- Things happens
But in the case of benda dah nak tercabut atau dah tercabut
jugak pegi la beli beg baru ke apa ke...kan dah kata tadi, epot Malaysia bersepah
kedai, ada duit takde duit je…kadang2 ko terpaksa jugak so spare duit ckit utk
benda2 xterduga ni....daripada ko suffer kat epot dgn beg yg tertanggal la apa
la....jgn kedekut sangat
à lesson
learned – kopipes jer….. tried’ and ‘tested’…ujian dari Allah SWT apa kau nak
bising kalau dah jadi?
- Food Stock
Kalu plan bawak makanan sebab tempat ko nak pegi tu takde
makanan halal etc pastikan habiskan stok makanan tu jangan bawak balik buang
karan je
à lesson
learned – jangan ambitious sangat bawak makanan banyak2 kecuali kalau tempat
nak pergi memang betul2 tak de makanan halal. Selain tu, Tanya dengan orang
yang dah pegi sana, nama kedai makan halal dan sedap…kalau dia tak ingat minta
gambarkan location tempat. Sekian.
- Main masak-masak
Kalau plan nak masak kat tempat bercuti tu make sure apartment
yang diambil ada peralatan memasak...jgn pulak tetiba korg nak kena angkut rice
cooker padahal pegi 4 hari je...kalu kena g kerja stay lebih dari seminggu tu
berbaloi la jugak....tapi kalau ibu la...nama pun percutian... masa ni la ko nak rest and rilex...tetiba nak kena masak plak...orang lain leh goyang kaki main henpon...sori sikit...ibu hanya akan masak kalau betul2 dah tempat tu xde dah kedai makanan halal...
à lesson
learned – bila kita memang ada plan nak memasak, ambil tips dari orang yang
memang memasak semasa trip dia di sana.. bila kau takde plan nak memasak tapi
amik tips makan or tempat makan dari orang yang masak, maka masaklah kau melengung
tengok kedai roti canai seberang dataran -__-“
Ada lagi sebenarnya nak bebel ni tapi api kemarahan dan
kegeraman makin terpadam tambah lagi hari ni 1st day puasa bulan
ramadahan T__T
Aku bukan nak kurangkan pahala puasa…I feel the need to share
this post ala ala my own post mortem, bukan fault finding dan hanya nak amik
pengajaran semata2…harap akan berguna untuk orang lain satu hari nanti…
Please bare with me coz I just have to write all this
It will be a very long time before I will fly again......
No comments:
Post a Comment