WE ARE FAMILY

WE ARE FAMILY

Wednesday, May 29, 2013

[Oi malasnya!] Redang trip part 3 =p

Ok

Malas nak bebel panjang2

Lagipun hari ni Rabu

Patutnya ada WW jer

Tapi kalu wa tangguh ini entry

Sampai tahun depan blog ni tak berasap

So hari ni, kita tengok gambar je

Cakap kurang

Kira WW la jugak ek?

Day 2 (atas Redang) @ Day 3 bercuti, Selasa 21/05/13:






















Masa amek gambar ni, kitorg dah setel snorkling kat Taman Laut.

CANTIK SANGAT!!.

PAHAM TAK CANTIK SANGAT??!!.

hahaha.

macam baran je tulis urup besau2.

Cantik yang, sambil hembus nafas dalamalat pernafasan tu dengan harap ko takkan lemas, sambil cakap Subhanallah, Allahuakbar dalam hati yang ko sendiri dah tak sedar diri time tu, like that.

Hahaha.

Pening kan?.

Kata malas nak bebel2.






















Manusia2 dari resort2 lain.

Kambing2 yang bertuan, macam Syawal jaga kambing2 nya ;p.

Cukup time dia sebut nama resort2 tu suh naik, naik semula ke boat.

Jadi cepat2 naik, kang kena tinggal lak.

Dari resort kami, ada kami 4 beranak jer, jadi agak VIP la hari tu.

Ada sorang guide untuk kami.

Alhamdulillah merasa la sebenar2 experience snorkling tu yang sampai bertasbih tak henti2 hati ni.

Indah sungguh ciptaan-Nya. Subhanallah.























Pempuan cikenit tu dah start itam dah

Ayoyo, manyak kesian ini kici

Nangis lapar and penat

Oh ya

Peringatan: Bila pergi snorkling, WAJIB BAWA --- >>> air masak sebotol besar untuk diri sendiri n ahli keluarga. Lagi ramai ahlil keluarga, lagi banyak air kena bawak. Sebab ko akan tertelan air masin, dan badan akan dahaga, kepala akan sakit. U MUST KEEP UR CHILDREN PROPERLY HYDRATED, nanti diorg sakit ko gak yang susah. Bawak juga makanan sikit, snek biskut coklat, etc. Sebab berenang SANGAT MEMENATKAN. Ko akan lapar. Anak kecik ko akan sangat lapar. Kalo ko yang tua tu tau lapar, bayangkan la anak ko lapar macamner. Pagi bila resort bagi breakfast, sental banyak2 sampai sendat perut. U'll need it. Semua kalori tu akan diburn, jangan risau, se-burned nya kulit anda lepas tu. Muahahah. Aku bawak bekal coklat, 4 bar budak2 tu sental. Ibu la meloya berolak-alik kena pukul ombak n dalam bot, ibu makan asam prune je, nak tahan tak mo muntah.

Lagi satu patut bawa --- >>> roti putih atau biskut kering untu bagi ikan makan. Baru la best ikan nak datang dekat2 dengan kita =D. Kalu tak habis, korang la makan, kata lapar, baru lepas swimming =p.






















Cantik gila kan? Nampak dalam gambar, macam cetek. Dalam oi, makcik, pakcik, anti, ankel =p.

Ayah malas nak bawak kamera dia, kang takde tempat nak tinggal, ilang pulak kang.

Ibu sib baik bawak hp, so ada la gambar kenangan di Marine Park, walaupun kualiti gambar memang ko tak leh nak kata apa la.

Bertasbih jer la tanda bersyukur dengan rahmat dan kebesaran-Nya.

Kita kena ingat, seronok2. tapi sape bagi peluang berseronok tu? Dan apa yang patutnya dicari dan dihayati masa seronok, beronok-ronok tu?.

Alam ciptaan Allah SWT, Pencipta Seluruh Alam ini dan isinya =D.

Btw, ibu perasan yang lain2 orang yg ada smartphone, diorg ada pakai special water-proof cover untuk bawak hp diorg menyelam. So u don't need to rent underwater punya kamera.

Resort ada provide untuk rental. tapi kitorg tak berminat so tak amik pot berapa sewa dia apa semua.

So smartphone user's: go find out about the waterproof casings tu. Dia siap leh gantung ke leher. Aku masa tu baru nampak, so kerugian la di situ.






















Masa nak balik, sempat lagi Min n anak org Russia bagi ikan makan =D

Ada kes sikit masa nak balik ni

Panjang ceritanya

Kata malas nak bebelkan

Fuh amik napas buang napas fuh fuh fuh

Meh cerita =p

Masa nak pergi ke taman laut tu, pakcik bot kitorang tinggal je kitorang kat situ. Dia freelance je dgn RMRB, maybe dia ada keje lain kot time tu, so dia tinggalkan la kami.

Memang ada mamat snorkle guide kami (yang kami find out later rupa2nya dia pun freelance je dgn resort tu T_T. Sib baik dia pro diver) tapi masa pakcik tu tinggal kami kat taman laut tu, tak sape pun dapat tangkap pakcik tu cakap nama sape or bot yang nak datang amik later. Dia cakap ganu quiet pekat. Mamat tu ingat kitorg paham. Kitorg ingat mamat tu org ganu. Hahaha. Memang mendapat la. So, no worries. Dah sampai, kita selam dulu!! =D
Later, mamat tu call la resort or sape2 yang patut, find out bot mana nak mai amik kami.

Nak dijadikan cerita, masa bot dah dtg (itu pun rupanya bot resort lain tau. Resort kami yang depan sekali, jadi memang leh tumpang je bot resort lain, coz diorg memang kena lalu depan RMBR) Maritim pun lalu. Dia cuak, dia belah. Rupanya, ini bot prebet sapu daaa.
Mendapat lagi.(Bahaya coz kalu jadi apa2, say karam ke, choy!, guest la jugak yang susah)

Sib baik, ada bot lain RMBR, bawak orang JAS amik sampel kot, tiba2 datang kat taman laut tu. Dapat la tumpang balik. Sadis sungguh. Risau coz anak kecik la dah penat sangat.

Benda2 macam tu yang pakcik bot kami risau. Dia kata dah. Resort lain guide ramai, jaga guest dia. Mungkin kebetulan nak jadi masa kami pergi tu, coz RMBR ni memang ramai orang lain review as ok. So apa boleh buat, dah rezeki kami masa tu dapat macam tu. No worries. Happy jugak. =D





















Bukti bahawa si Ain K penat sangat, dia tido, dari atas bot sampai orang dah nak pegi snorkle semula. Ada la 2 jam lebih sikit kot dia tido time tu.

Ibu pun masa tu masih ting tong dilambung ombak, maka untuk sesi petang dua2 serender, tinggal je di chalet, ayah and min pegi la snorkle lagi --- >>> kat tempat yang lagi cantik! tak aci! hahaha

Masa diorg balik tu plak dapat jumpa turtle sekor.

Rezeki diorg, bukan ibu n adik =p





















Maka kami berdua chillax di atas hammock sambil tengok bot jalan meninggalkan kitorang yang mabuk kepayang T_T





















Balik dah hero anak beranak ni maka habis la cerita Day 2@3. Dah balik tu, pastu diorg sambung berendam lagi T_T. Petang sikit ibu n adik jatuh atas batu. Ok dah. Habis cerita. Pendek jer kan ;p hahaha. ('pendeknyer' T_T)
Esok la pulak. =p =p =p (eh esok nak cerita apa???)

This was scheduled, tq ;D

No comments:

Post a Comment