Kesian sangat kitorang
Yang sebenarnya, trip Redang ni nak buat tahun lepas
Tapi tahun lepas kan ayah tak sihat
Siap masuk hospital
Sakit apa ... shhh ... rahsia
Langsung tak leh nak berjalan
Jadi bila pegi tahun ni rasa bersyukur tak pergi tahun lepas tu
Lagipun masa tu kan Ain Khayra kecik lagi
Baru la terpikir kesian badan anak terentak2 dalam kereta
Dah besar sikit ni pun punya la penat badan budak2 ni berhari2 dalam kereta kan
Ok. Plan kitorang macam ni:
Ahad 19 Mei 2013
Plan:
Gerak lepas subuh. Angkut anak masuk keta. Mandi kat R&R Karak je.
Yang jadi:
Gerak dari rumah kul 7.45 pagi T_T sebab anak2 dah bangun.Min dah mandi, adik je belum.
Keluar nak amik keta ibu park dalam paking apartment, masa ibu kuar dari keta, adik nangis.
MUNTAH.
Masuk balik dalam kawasan apmt. Ayah bawak adik naik atas, mandikan. Ibu siapkan adik dalam kereta. Baruuuuu dapat alih keta ibu masuk.
Ye la nak. Ibu dgn ayah belum mampun beli rumah teres.
Hal2 kecik2 gerak2 keta kuar masuk pun jadi susah =(
Gedebak gedebuk kul 8 lebih. jom la pekena roti canai Bismillah dulu sebab semua dah baran perut dah lapar.
Banyaknya kereta dalam UPM coz ada hari sarapan malaysia.
Berdoa semoga adik tak muntah lagi.
Tapi abg Min pulak yang makan roti canai habis kuah bertepek2 kat baju.
Baju putih lak tu T_T. Baru kejadian sekerat pagi, belum bergerak naik highway ni. T_T. Kul 9 lebih gerak naik highway. Entah pukul berapa la baru leh sampai KT =(. Dah la 1st time guna LPT tu. Tapi memang best la lalu LPT time orang lain tak cuti =). Lengang je. Kalu esok dah siap LPT sampai KT memang rajin lah kami turun pantai timur ;D
Sampai kat Merang Suria Beach Resort (MSBR)dah dekat nak senja T_T. Dengan sesat2 cari jalan.
Merang Suria ni wa tak leh nak wat review. Biasa2 sangat tempat dia. Dia duduk betul2 belakang Kem PLKN Merang Suria. Belakang resort ni ada pantai semua tapi tak sempat la nak gi tengok sampai dah senja. Siap2 mandi anak beranak dah malam. Lepas maghrib kuar cari makan. Elok lepas makan hujan. Sampai balik ke bilik otel tetiba ujan jadi lebat dan petir yang meletup kuat gila, rasa macam betul2 tepi kitorang je. Masa tu lalu nak masuk bilik. Lari balik g kat lobi MSBR yang sekangkang kera tu. Terkulat2 anak beranak tunggu ayah nak masuk ke bilik, coz ayah g paking keta masa tu.
Isnin 20 Mei 2013
Naik bot ke Redang
Ni je gambar otel yang ada kat ibu
Ekceli gambar otel ayah ada tangkap
Tapi ayah tak edit la kot
So yang ada ialah gambar si kenit tengah peace belakang bilik kitorang
Beyond the trees ialah pantai lah
See how putih gigirl time ni
Tunggu la kejap lagi muahahaha
So pagi, bersiap, sarap, check out, tuju Jeti Merang.
Dekat je. Lepas kuar dari otel jalan stret je
Jeti Mutiara Redang Beach Resort (MRBR) paling last sekali dalam banyak2 jeti resort yang ada
Ada sekeping je la pun yang ayah dah edit kat jeti
Ada yang kat hp ibu ni ibu grid2 jer la
Dasar pemalas negara T_T
Ni masa baru lagi on the way, jadi masing2 masih behave
Malam tido di Merang, masa makan malam
Mamarazi ni tolong la, orang makan pun nak gak amik gambar =p
Dalam bot otw nak ke Redang
Pak Mat, pemandu bot kitorang kata boleh pencen la dia sebab Min dah boleh bawak bot =p
Tengok la muka beria mamat tu =D
Okeh. Leh tak nak sambung nanti. Penat [malas nak mengayat] T_T =p







No comments:
Post a Comment